Dalam kejohanan Piala Sudirman 2015, Malaysia melakar kejutan apabila menumbangkan pasukan pilihan, Korea Selatan, 3-2 sebelum tewas dengan lawan sama di peringkat suku akhir.
Bagi Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, soal siapa lawan yang dihadapi tidak perlu difikirkan, sebaliknya semua pemain perlu sentiasa tampil bersedia.
"Kami tidak boleh menentukan siapa lawan kami, jadi kami harus sentiasa bersedia," jelas Frost.
"Sudah tentu kami perlu mengelak bertemu China di peringkat suku akhir, namun apa sahaja boleh berlaku," katanya.
Dalam masa sama, Frost menjelaskan Malaysia mungkin mengubah barisan pemain untuk menentang Jepun, dengan Chan Peng Soon bakal bergandingan bersama Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran.