Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Malaysia bakal kembali di puncak! FeiDin bergelar beregu nombor satu dunia bermula Selasa ini!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fei-din.jpg
Beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bakal secara rasmi menjadi pasangan nombor satu dunia bermula Selasa ini, menggantikan tempat wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Astrup-Rasmussen hilang kedudukan tersebut selepas mereka tewas kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia semalam.

Walaupun Sze Fei-Izzuddin (kedua dunia, dengan 91,090 mata) tewas di suku akhir Masters Malaysia, penyingkiran juara bertahan, Astrup-Rasmussen, di separuh akhir akan menyaksikan mereka melepaskan kedudukan teratas selepas kehilangan mata ranking yang besar (90,411).

Goh V Shem-Tan Wee Kiong meruipakan gandingan terakhir dari Malaysia mempertahankan kedudukan nombor satu antara 10 November 2016 sehingga 16 Mac 2017.

Beregu ketiga dunia, Aaron-Wooi Yik, kini dengan dengan 83,170 mata, tidak akan dapat memintas Sze Fei-Izzuddin atau Astrup-Rasmussen, namun mampu mengurangkan jurang jika mereka memenangi gelaran hari ini.

Sebelum ini, pasangan lelaki dari Malaysia telah disenaraikan sebagai nombor satu dunia. 

Razif-Jalani Sidek (1990), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1992), Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (1996), Choong Tan Fook-Lee Wan Wah (2004) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2007).

Advertisement

Must Watch Video