Skip to main content

Badminton

M. Thinaah bergelar seorang graduan, pemegang ijazah BETESL

thinaah.jpg
Atlet beregu badminton wanita negara, M. Thinaah, secara rasminya bergelar seorang graduan apabila menamatkan pembelajarannya dalam majlis konvokesyen daripada Open University Malaysia (OUM).

Seperti sedia maklum, M. Thinaah merupakan pemain badminton kebanggaan negara yang sudah memenangi dua gelaran Terbuka BWF bersama gandingannya, Pearly Tan.

Beregu wanita nombor satu negara itu sudah meraih kejayaan dalam Terbuka Swiss dan Terbuka Perancis dan menduduki tangga ketujuh dunia.

 


Di sebalik pelbagai ujian getir yang dihadapinya, M. Thinaah kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian atau BETESL daripada universiti tersebut.

Advertisement

Must Watch Video