Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengesahkan sudah menghantar pemain beregu campuran, Goh Liu Ying ke Halle, Jerman bagi mendapatkan rawatan terbaik memulihkan kecederaan bahu dan lututnya.
Norza ternyata enggan mengambil risiko, apatah lagi pemain negara akan berjuang di Kejohanan Dunia, Ogos depan.
Menyedari Liu Ying perlu pulih dengan segera, atlet itu turut ditemani pakar fisioterapi, Sandra Fiedler.
"Sebagai presiden, saya mahu Goh Liu Ying mendapat rawatan dengan cepat dan kembali menyarung jersi kebangsaan," kata Norza.
Ketiadaan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu juga bermakna pasangannya, Chan Peng Soon, akan menghadapi Piala Sudirman 21 Mei ini bersama pemain muda, Cheah Yee See.
Bagi Norza, meskipun kem negara kini dilanda masalah kecederaan dan kemerosotan prestasi sesetengah pemain, ia bukan ukuran nyata kerana apa sahaja boleh berlaku dalam kejohanan yang berformatkan kumpulan.
"Kami perlu dia menjalani rawatan oleh pakar yang benar-benar memahami aspek kecederaan sukan. Kami mahu mengetahui apa keputusan pemeriksaan dan berapa cepat dia boleh kembali pulih," tambah Norza.