Aksi pakar beregu campuran negara, Goh Liu Ying, disahkan berakhir musim ini selepas menjalani pembedahan kecederaan bahu di Jerman, baru-baru ini.
Perkara itu disahkan Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, yang menjelaskan Liu Ying memerlukan tempoh masa panjang untuk pulih, sekaligus menyaksikan atlet berusia 27 tahun itu tidak akan mempunyai sebarang kaitan dengan badminton bagi baki musim ini.
"Pembedahan berjalan dengan baik dan Liu Ying sedang dalam proses pemulihan.
"Tetapi saya rasa dia akan diketepikan daripada segala aktiviti badminton untuk tempoh enam hingga sembilan bulan," kata Frost.
BAM menghantar Liu Ying ke Jerman pada 13 Mei lalu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan khusus berkaitan kecederaan bahu dan lutut yang kerap membelenggunya.
Ditanya apakah dia akan kembali menggenggam raket selepas tamat tempoh rawatan, ini jawapan Frost: "Segala keputusan untuk menghantar Liu Ying menjalani pembedahan dan rawatan di Jerman adalah kerana dia sendiri menegaskan mahu kembali selepas pulih sepenuhnya.
"Ini adalah sebahagian daripada kehidupan seorang atlet. Bezanya kecederaan yang dialaminya agak serius, jadi dia perlu masa untuk kembali."
Ini kecederaan serius kedua buat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu tatkala pernah menjalani pembedahan di kedua-dua lutut pada 2013 dan tidak beraksi selama setahun.
Sementara itu, rakan gandingan Liu Ying, Chan Peng Soon menerima hakikat perlu mendapatkan pasangan baru untuk meneruskan aksinya.
"Belum ada sebarang kepastian lagi. Saya akan mencuba beberapa gandingan terlebih dahulu.
"Ini bukan kali pertama Liu Ying mengalami kecederaan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan," ujar Peng Soon.