Skip to main content

Badminton

Lin Dan ada sebab sanggup berulang-alik ke Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lin-dan.jpg
Legenda badminton China, Lin Dan, sanggup berulang-alik dari China-Sepanyol sejak enam bulan lalu demi memastikan perkembangan terbaiknya anak lelakinya dalam tenis. 

Namun, Lin Dan menafikan bahawa dia merancang untuk berhijrah dan menukar kewarganegaraannya. 

Sebaliknya, Super Dan yang bersara pada 2020 menegaskan dia masih memberi tumpuan beberapa perniagaannya selain komitmennya terhadap Kelab Badminton Lin Dan dengan lima cawangan sahaja bertempat di Shenzhen.

Lin Dan mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain senegara, Xie Xinpang, pada 2010 dan dikurniakan seorang anak yang dinamakan Xiao Wu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video