Atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou, bersedia untuk mengeluarkan wang sendiri dalam usahanya untuk layak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 meskipun tidak mendapat sokongan penuh daripada Majlis Sukan Negara (MSN).
Liek Hou sudah menerima penerangan terperinci daripada MSN mengenai kekeliruan dalam urusan penyertaannya ke kejohanan di luar negara.
Baginya, dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya bajet untuk atlet dipotong selagi ia tidak menghalangnya daripada bertanding di luar negara.
Liek Hou bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk bertanding di luar negara memandangkan acara badminton akan dipertandingkan buat kali pertama dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan dia perlu meraih mata kelayakan secukupnya.
"Saya sedang fokus untuk menyertai temasya itu dan mahu mengutip mata (kelayakan) sebanyak mungkin.
"Saya berharap dapat layak ke temasya itu," katanya.
Pusingan Kelayakan ke Sukan Paralimpik sudah bermula sejak Februari lalu dengan melibatkan 13 kejohanan sepanjang tahun ini.
MSN bersedia untuk menghantar atlet menyertai dua kejohanan dengan salah satunya adalah Kejohanan Dunia di Basel, Switzerland, Ogos depan.
Namun, Liek Hou masih berusaha untuk menyertai beberapa kejohanan lain bagi mengukuhkan mata rankingnya.
"Kami hendak menampung perbelanjaan sendiri, namun ia tidak dibenarkan pihak atasan.
"Berdasarkan pengetahuan saya, ia merupakan satu salah faham," tambahnya.