Skip to main content

Badminton

Lee Meng tekad raih pingat

220517-meng-yean.jpg
Pemain badminton beregu wanita negara, Lee Meng Yean, bertekad mahu mencapai sasaran meraih pingat dalam Sukan Sea, Ogos depan.

Meng Yean sedar cabaran sukar yang akan dihadapi bersama pasangannya, Chong Mei Kuan, namun tetap tidak mahu menjadikannya alasan untuk tidak mahu mencuba.

Gandingan Meng Yean-Mei Kuan telah bergandingan selama enam tahun dan peluang beraksi di laman sendiri pastinya tidak akan dilepaskan dengan mudah.

Disebabkan itu, Meng Yean mahu memastikan dia dan Mei Kuan mampu meraih pingat dalam Sukan Sea Kuala Lumpur bagi mencapai potensi yang dijelmakan pada peringkat remaja.

Pemain kelahiran Melaka ini sedar dia perlu berada di tahap terbaik, terutama apabila berdepan pasangan dari Indonesia dan Thailand, memandangkan dua negara itu memiliki beberapa pasangan dengan ranking dunia lebih tinggi.

"Bermain di laman sendiri akan ramai penyokong yang ada, jadi saya yakin dapat meraih pingat untuk semua rakyat Malaysia," kata Meng Yean.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video