Skip to main content

Badminton

Lee Chong Wei tekad terus beri sumbangan untuk negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-chong-wei.jpg
Biarpun sudah enam tahun menggantung raket dan tidak memegang peranan peranan sebagai jurulatih, Datuk Seri Lee Chong Wei berikrar untuk terus memberi sumbangan besar untuk tanah air. 

Bekas pemain nombor satu dunia itu menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Hari Ulang Tahun Ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Dewan Sri Pinang, semalam. 

Namun, di sebalik karier yang penuh bergemerlapan dan mengharumkan nama negara di pentas dunia, Chong Wei masih mahu mencari ruang untuk berkongsikan kepakarannya.

"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pulau Pinang atas pengiktirafan ini. Saya menerima pingat pertama saya di Pulau Pinang pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

"Sekarang sudah tahun 2025 iaitu 17 tahun selepas itu dan saya sekali lagi menerima penghargaan. Soalan yang sering saya fikirkan ialah bagaimana saya boleh terus bermotivasi untuk memberi sumbangan kembali kepada negara.




"Bukan hanya dalam bidang badminton malah dalam pembangunan pendidikan secara keseluruhannya. Saya ingin membantu sedaya upaya setakat yang saya mampu," katanya kepada Bernama semalam. 

Advertisement

Must Watch Video