Dalam satu wawancara yang tular dia menjelaskan: "Pada permulaan karier saya, saya berdepan Chong Wei beberapa kali. Saya tidak faham bagaimana seseorang boleh menewaskan dia kerana (gerakan) dia jauh lebih pantas berbanding saya.
Dalam 14 pertemuan menentang Lee Chong Wei, dia berjaya memprolehi tiga kemenangan berturut-turut dari 2016 hingga 2017.
Hey guys! Here's the replay of my first ever Twitch live! Lots of Q&A, plus some badminton reactions.
— Viktor Axelsen (@ViktorAxelsen) September 27, 2024
Check it out! ? pic.twitter.com/rw2QOeTyb9
Dalam pada itu, Axelsen mempunyai rekod baik ketika menentang Lin Dan dimana dia telah menewaskan pemain dari China itu sebanyak enam kali dalam sembilan pertemuan.
"Saya masih ingat ketika aksi di Terbuka Malaysia dimana ia merupakan jelajah pertama saya dan saya tewas 8-21,12-21.
"Tetapi selepas saya lebih berusia, pertahanan saya juga bertambah baik serta mengetahui cara menewaskannya.
— Viktor Axelsen (@ViktorAxelsen) August 6, 2024
"Lin Dan lebih kepada rali, dan saya berasakan lebih baik menentangnya. Sukar untuk membaca pukulannya tetapi saya boleh beraksi dengan rali yang lebih baik.
"Tetapi jika berdepan Chong Wei dalam permulaan karier, setiap kali saya mengambil bola atau bermain di bahagian belakang gelanggang, pasti sukar." katanya.