Ingat lagi tak mengenai pasangan beregu campuran badminton Malaysia β Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pernah berpisah buat sementara waktu dan menggegarkan laman media sosial semasa berlakunya ketegangan dalam kerjasama mereka. Dikesan selepas saingan Kejohanan Badminton Seluruh England, March lalu.
Untuk penampilan dalam Terbuka Taiwan Chen Tang Jie bergandingan dengan Chan Wen Tse, sementara Toh Ee Wei digandingkan dengan Loo Bing Kun.
Dan menariknya, kedua-dua pasangan ini menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan mara ke peringkat suku akhir kejohanan.
Ee Wei-Bing Kun berjaya menewaskan pasangan Korea Selatan, Ki Dong-ju-Jeong Na-eun, dalam perlawanan sengit tiga set.
Sementara itu, Tang Jie-Wen Tse juga mencatat kemenangan ke atas pasangan Indonesia, Marwan Faza-Aisyah Pranata, dalam pertemuan hangat.
Bagaimanapun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan yang mereka akan disatukan kembali menjelang dua saingan penting Terbuka Singapura pada Mei, serta Terbuka Indonesia pada Jun.
Persoalannya apakah keputusan lebih baik mampu dicatat jika 'The Little Gangsters' ini terus fokus dengan pasangan baru mereka? Atau ini langkah awal buat gandingan ini membiasakan ketiadaan masing-masing? Seperti bercinta, sayang tak semestinya memiliki.
Perpisahan sementara ini dilihat sebagai strategi untuk memperbaiki prestasi dan dinamik pasangan, serta memberikan peluang kepada mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing dengan pasangan baharu sebelum kembali bergandingan dalam kejohanan utama.