Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh, berasakan penundaan Kejohanan Masters Lingshui China tidak menjejaskan usaha pemain negara untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan Persatuan Badminton China (CBA) memutuskan untuk menunda kejohanan itu, yang sepatutnya bermula 25 Februari ini, ekoran penularan wabak koronavirus di negara itu.
BWF akan mengumumkan tarikh baru kejohanan itu -- dijangka pada Mei depan -- tetapi ia tidak lagi akan menjadi penyumbang mata kelayakan ke Tokyo kerana sudah melepasi tarikh akhir pusingan kelayakan.
"Tiada kesan sebab Masters Lingshui China ini merupakan Kejohanan Jelajah Dunia Super 100.
"Jadi, kami tidak menghantar pemain yang sedang memburu kelayakan ke Sukan Olimpik.
"Kami hanya menghantar pemain-pemain pelapis, jadi ia tidak mendatangkan kesan buat pemain yang sedang memburu kelayakan," katanya.
Kenny berasakan ia adalah satu keputusan yang tepat sebagai langkah keselamatan buat kesemua pemain yang terlibat.
"Ia satu keputusan yang tepat kerana selain Malaysia, saya difahamkan bahawa Indonesia dan Jepun juga sudah menarik diri daripada kejohanan itu," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa