Skip to main content

Badminton

Kisona fokus pulih lutut kanan

s-kisona.jpg
S. Kisona mahu menggunakan tempoh selama dua minggu ini untuk fokus kepada pemulihan lututnya sebagai persiapannya bergelar pemain profesional pada tahun depan. 

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini termasuk Loh Hang Yee selain 12 rakan yang lain pula digugurkan. 

Dia yang masih bergelut dengan kecederaan lutut kanannya sejak pembedahan tahun lalu bertekad mengembalikan kecergasannya terlebih dahulu yang menyaksikan terlepas saingan Terbuka Malaysia 2023.

Namun, dia masih tidak berputus semangat untuk terus berjuang dan akan bergerak secara profesional bermula 2023 kelak.

"Saya pertimbang langkah ini (menjalani program pemulihan) demi perancangan jangka masa panjang. 




"Disebabkan tidak menjalani program pemulihan yang betul, saya kerap dilanda kecederaan. 

"Saya faham dengan tindakan barisan kejurulatihan demi masa depan. 

"Jadi apabila beralih kepada profesional, masa saya lebih fleksibel untuk saya tumpukan pemulihan," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video