Skip to main content

Badminton

Kian Meng/Pei Jing tersingkir daripada Terbuka BitBurger

24716kianmengpeijing.jpg

Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, tewas kepada pilihan utama, Chris Adcock/Gabrielle Adcock, 15-21, 18-21 dalam aksi Terbuka BitBurger di Jerman.

Gandingan negara yang berada di kedudukan ke-13 dunia, kecewa kerana tidak mempamerkan aksi yang memberangsangkan bertemu pasangan suami isteri dari England itu.

Kian Meng/Pei Jing tampak kurang selesa dan gagal menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas lawan. 

Beberapa kesilapan mudah yang dilakukan pada saat-saat genting memberikan ruang kepada pasangan Adcock menang set pertama 21-15.

Masuk set kedua, pasangan negara menukar strategi dan ia sedikit-sebanyak memerangkap Chris/Gabrielle, terutama di jaring, namun agak lewat untuk bangkit lalu tewas 18-21.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi mara ke final setelah menumpaskan beregu Taiwan, Chen Hung Ling/Wang Chi Lin 21-16, 18-21, 21-17.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found