Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, masih meneliti program latihan yang sesuai buat pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, selepas mereka mendapat restu badan induk itu untuk menyertai Kejohanan Dunia.
Sebelum ini, Kian Meng-Pei Jing tidak dibenarkan beraksi dalam Kejohanan Dunia ekoran gagal menepati kriteria yang ditetapkan BAM.
Mereka diletakkan syarat perlu berada dalam kelompok lapan terbaik dunia semasa tarikh akhir kelayakan.
Di atas kertas, mereka menduduki ranking ke-10 dunia dan layak secara merit.
Semalam, Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CNT) BAM melonggarkan sedikit syarat berkenaan dan memutuskan Kian Meng-Pei Jing diberi peluang untuk ke Glasgow, Scotland.
"Semua orang tahu kita berdepan pertembungan jadual di antara Kejohanan Dunia dan Sukan SEA (Kuala Lumpur 2017), Ogos depan.
"Kami masih belum memutuskan calon-calonnya dan kami mempunyai tempoh sehingga Jun depan untuk memuktamadkannya.
"Keputusan ini bukan terletak kepada saya sendiri, ia akan diputuskan oleh CNT," katanya.
Dalam masa yang sama, Frost turut mengesahkan pemain perseorangan, Lee Zii Jia, akan turut menyertai skuad negara dalam Kejohanan Piala Sudirman di Gold Coast, Australia dari 21-28 Mei ini.
Peranan Zii Jia adalah sebagai rakan sepelatih kepada dua lagi wakil negara, Datuk Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin, selain dalam keadaan bersedia andai salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan.
"Zii Jia akan mengikuti rombongan untuk perseorangan lelaki dan oleh itu, kami mempunyai tiga pemain perseorangan untuk dibawa.
"Dia akan mengambil peranan sebagai pemain sokongan.
"Kami menghadapi masalah kecederaan dan ia juga dialami oleh semua pasukan.
"Kami mungkin tidak berada di tahap 100 peratus tetapi kami dalam kedudukan yang baik," kata Frost lagi.