BADMINTON
Khabar angin Pearly-Thinaah bakal tinggalkan BAM tular hingga ke Indonesia
Tergempar baru-baru ini apabila ada khabar angin mengatakan beregu no.1 wanita negara akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas kontrak mereka yang telah tamat pada Januari masih belum diperbaharui sekaligus menyaksikan berita tersebut kini tersebar hingga ke Indonesia.
Ditambah pula dengan ura-ura beregu wanita nombor lima dunia itu telah mengadakan perbincangan dengan penaja luar dan mungkin bergelar pemain profesional.
Pearly-Thinaah nak tinggalkan BAM? 🔥🏸Khabar angin bertiup kencang bahawa pasangan beregu wanita No. 5 dunia ini sedang berbincang dengan penaja luar & mungkin meninggalkan BAM untuk menjadi pemain profesional !Adakah ini keputusan terbaik untuk mereka? 🤔@ASTROARENA pic.twitter.com/bhzSRod6Ts— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) April 3, 2025
Susulan itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh memaklumkan bahawa mereka kini mengadakan perbincangan kontrak baru dengan badan induk itu.
Iklan
Padanya, Pearly-Thinaah masih dibawah BAM kerana masih menjalani latihan di sana dan tidak mahu membuat sebarang sepkulasi mengenai sama ada mereka bakal kekal atau tidak.
Berita ini kemudiannya tersebar ke Indonesia menerusi berita yang dikongsikan Badminton News Flash.
“Pearly Tan/Muralithan Thinaah dikhabarkan akan meninggalkan pelatnas BAM karena suatu masalah dan pihak BAM lagi berdiskusi dengan mereka,” kata portal berkenaan.
Walaupun berita ini dilihat tidak tidak menjejaskan persiapan Pearly-Thinaah yang bakal bersaing dalam saingan Badminton Asia Championship (BAC) di Ningbo, China yang bermula pada 8 April ini, ia tetap membuka ruang buat penonton dan netizen untuk memberi pendapat mereka mengenai perjalanan pemain yang pernah di bawah naungan BAM yang telah keluar menjadi pemain professional.
Must-Watch Video