Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan kelab badminton tempatan mengambil serius saranan kementerian dengan mengetepikan sebarang percanggahan pendapat untuk bersama-sama mencungkil lebih banyak bakat baru demi kelangsungan sukan tersebut.
KBS, Rabu lalu, sudahpun mengadakan satu mesyuarat gerak kerja bersama badan induk tersebut, dengan memberi saranan kepada BAM supaya mencungkil bakat baru yang menyeluruh menerusi pembabitan kelab tempatan.
Bagaimanapun, setakat ini pemain terbaik negara rata-ratanya adalah hasil produk BAM sambil kebanyakan pemain yang meluahkan hasrat untuk bergerak profesional mendapatkan naungan kelab tempatan untuk terus kekal aktif dalam dunia badminton antarabangsa.
Setakat ini, saranan berkenaan masih di peringkat kajian, dengan KBS sudah mengenal pasti beberapa model untuk memastikan perancangan tersebut membuahkan hasil.
"Terdapat juga jalan untuk berkolaborasi dengan KBS untuk memastikan mereka menjadi kelab 'feeder'. Banyak perancangan yang sedang diketengahkan dan kami mahu memastikan setiap pihak dapat bekerjasama bagi mencapai sasaran yang sama," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sementara itu, KBS sudah mendapatkan pandangan semua pihak berkepentingan mengenai acara sukan angkat berat yang masih dalam pertimbangan kementerian untuk menyenaraikannya dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 ataupun sebaliknya.
"Perkara ini telah dibincangkan dan keputusan muktamad akan diputuskan selepas ia diperhalusi dengan lebih lanjut," jelasnya.