Lee Zii Jia kempunan untuk melangkah ke pentas separuh akhir jelajah dunia BWF buat kali pertama dalam kalender 2024 selepas terpaksa menarik diri di pertengahan aksi suku akhir.
Zii Jia tampil pada Jumaat bertemu Brian Yang dari Kanada dalam misi mendapatkan slot empat terakhir di Masters Indonesia, namun berakhir dengan hampa apabila dia menarik diri selepas tewas set pertama 14-21.
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) membuat satu kenyataan di laman X, dengan mengatakan bahawa Zii Jia terpaksa menarik diri atas sebab keadaan tubuh badannya tidak mengizinkan akibat keracunan makanan sejak beberapa hari yang lalu.
Turut terlepas tiket ke separuh akhir adalah pasangan wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah yang akur kepada lawan mereka, Liu Sheng Shu-Tan Ning 16-21, 9-21.
Manakala Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pula tewas kepada pilihan utama kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam pertemuan yang berlanjutan hingga tiga set.

Unfortunately Lee Zii Jia had to retire mid match as his body conditions deteriorated after a severe case of food poisoning for the past couple of days.
— Team LZJ (@TeamLZJ) January 26, 2024
Zii Jia really tried his best to perform but was unable to comple the match against Brian Yang.
Thanks for all the wishes.