Datuk Kenny Goh memberi tempoh dua tahun untuk mengembalikan badminton negara dalam kalangan elit dunia menerusi portfolionya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Ini merupakan kali pertama Kenny membuka bicara selepas dilantik sebagai Setiausaha Agung BAM, 6 Julai lalu.
Sebaik memulakan tugas secara rasmi September ini, beliau secara tidak langsung akan menggalas tanggungjawab berat untuk memberi nafas baru kepada jawatankuasa C&T yang berfungsi sebagai nadi prestasi skuad kebangsaan.
Kenny tidak asing dengan selok-belok badan induk itu setelah berkhidmat hampir sedekad sebagai pengurus besar BAM sebelum disunting Badminton Asia (BA) sebagai ketua pegawai operasi pada 2015.
Sekembalinya bersama BAM kelak, beliau bakal bekerjasama dengan rapat dengan Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann.
"Dua individu ini sangat penting (dalam keputusan saya kembali ke BAM), iaitu (presiden) Datuk Seri Norza Zakaria yang memberi peluang kepada saya untuk mengambil alih jawatan ini, seterusnya Presiden BA, Anton Aditya Subowo, yang sudi melepaskan saya dalam jangka masa singkat.
"Anton mengatakan peluang berkhidmat untuk negara adalah lebih penting kerana sesiapa pun boleh mengisi jawatan di peringkat Asia.
"Ini memudahkan saya untuk mengambil alih tugas ini," katanya.
Tambahnya lagi: "Saya sering memberi ulasan terhadap BAM dari luar, kini sudah tiba masanya untuk saya mempraktikkan ulasan sendiri.
"Saya mahu memberi peluang kepada diri sendiri dan BAM (untuk membuktikan kemampuan) dalam tempoh dua tahun ini, saya harap dapat mengembalikan era kegemilangan badminton Malaysia."