Seorang anak Malaysia, Lok Yun Loi yang berasal dari Perak, telah berhijrah ke Sydney, Australia sejak 13 tahun lalu.
Sepanjang 10 tahun berkhidmat, beliau diiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), sebagai Pegawai Teknikal –- Penjaga garisan di kejohanan antarabangsa.
Kisahnya jelas menjadi inspirasi anak merdeka yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
"Saya telah bermain badminton sejak di peringkat sekolah namun kecederaan yang dialami tidak dapat membenarkan saya untuk meneruskan usaha ke peringkat lebih tinggi, namun ia tidak mematah hasrat saya untuk meninggalkan sukan ini, jadi saya mengambil langkah menceburi pegawai teknikal sukan ini.
"Sebagai pengadil garisan, ia amat sukar kerana keputusan yang diambil amat penting dan adil buat semua pemain."
Badminton