Skip to main content

Advertisement

Badminton

Kem negara berlapang dada apa jua keputusan Chong Wei

soniia-cheah.jpg
Apa sahaja keputusan Datuk Lee Chong Wei yang berkaitan masa depannya akan disambut dengan hati terbuka oleh barisan pemain dalam kem kebangsaan.

Berbeza dengan peminat sukan tanah air, spekulasi Chong Wei yang bakal menggantungkan raket tidak dijadikan keutamaan buat pemain negara seperti perseorangan wanita, Soniia Cheah.

Persaraan adalah sesuatu yang lumrah dalam kerjaya seorang atlet sekalipun membabitkan pemain luar biasa seperti Chong Wei.

Bagi Soniia, hari Chong Wei mengumumkan persaraan akan menjadi hari yang penuh beremosi buat seluruh rakyat Malaysia.

"Saya tidak pasti mengenai sebarang hasratnya (Chong Wei) untuk bersara kerana saya sendiri tidak pernah mendengar hal ini. 

"Kalau betul, saya berasa sedih kerana kami akan kehilangan seorang jaguh negara dan tidak lagi akan bersama-sama mengikuti pertandingan.

"Dalam masa sama, saya lega dengan langkahnya kerana ia membabitkan kesihatannya, dia boleh menikmati hidup tetapi kalau dia berhasrat untuk terus beraksi, kami akan terus memberikannya sokongan," katanya.

Dalam pada itu, Soniia berpandangan peluang untukmya dan Goh Jin Wei layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetap ada meskipun mereka berdua berada di luar kelompok 25 terbaik dunia.

"Ia masih terbuka dan saya mengharapkan kami berdua akan layak," tambahnya. 

Dalam acara perseorangan, sebuah negara boleh memiliki dua wakil jika mereka menamatkan fasa kelayakan dalam kalangan 16 terbaik.

Advertisement

Must Watch Video