Skip to main content

Advertisement

Badminton

Kem badminton terima pendedahan media

badmintonnn.jpg
Latihan media diadakan buat julung kalinya buat kem badminton negara bagi memberikan pendedahan awal dalam memantapkan cara interaksi pemain di Bukit Kiara, hari ini.

Hasil kerjasama Astro dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), latihan media dijalankan dengan tujuan memberi perkembangan dan maklumat yang sewajarnya buat atlet badminton negara. 

Program yang berlangsung selama satu setengah jam itu dipenuhi dengan pengisian menarik buat pemain muda menerapkan dalam apa jua situasi di masa akan datang. 

Pemain muda, M. Thinaah, menjelaskan sesi itu ternyata dapat membantunya meningkatkan keyakinan.

"Saya rasa sesi ini sangat membantu kami ketika berdepan media serta kamera. Bukan sahaja saya tetapi pemain lain juga," katanya.

Selain itu, pemain beregu campuran negara, Shevon Lai, turut menceritakan permulaan kariernya dalam menghadapi media.

"Media sangat penting sekarang, jadi saya rasa bengkel sebegini sangat bagus untuk memberi pendedahan kepada pemain, terutama barisan muda," ujar Shevon.

"Sebelum ini, bukan mudah untuk saya berdepan media. Di peringkat awal, saya sangat takut sehingga tidak mengingati apa yang ingin dikatakan."

Advertisement

Must Watch Video