Pasukan CRC Taipex Penang dan Wolf akan berentap dalam saingan akhir Kejohanan Badminton Remaja Astro Bawah 15 (B-15) Tahun Kebangsaan esok selepas masing-masing cemerlang menundukkan lawan di peringkat separuh akhir, hari ini.
Aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara menemukan wakil dari Pulau Mutiara, CRC Taipex Penang, menentang Kelab Badminton Duo yang berpangkalan di Lembah Klang.
CRC Taipex Penang, yang diletakkan sebagai pilihan untuk mara ke final bersandarkan prestasi ketika aksi di peringkat kumpulan, tampak tiada masalah mengetepikan lawan.
Mereka menepati ramalan itu apabila mudah menang dengan keputusan 3-0 dalam tempoh sejam 43 minit.
"Saya menampilkan permainan sempurna dan berharap mampu mengulanginya esok.
"Jurulatih berpesan supaya saya tenang dan yakin (di atas gelanggang)," kata pemain perseorangan lelaki CRC Taipex Penang, Samuel Lee.
Satu lagi perlawanan separuh akhir menemukan Wolf menentang Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA).
Sama seperti CRC Taipex Penang, Wolf juga begitu sukar untuk ditandingi.
Tiga perlawanan membabitkan perseorangan lelaki, beregu lelaki dan perseorangan wanita ditamatkan dalam tempoh sejam 40 minit dengan kemenangan 3-0.
"Barisan pemain skuad ini terdiri daripada pemain dari negeri lain yang mantap.
"Jadi, kami lebih bersemangat untuk menang dengan mudah," ujar pemain wanita Wolf, Siti Nursuhaini Mohamad.