Peluang Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Dunia buat kali pertama dalam kariernya mungkin sudah terkubur selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Lee Zie Jia dan Liew Darren bakal mengisi dua slot perseorangan lelaki ke Basel, Switzerland, Ogos depan.
Chong Wei telah beraksi sebanyak 11 kali dalam Kejohanan Dunia dengan kejayaan terbaik merangkul tiga pingat perak dan masih mengejar emas.
Ekoran tahap kesihatan yang kurang memuaskan, Chong Wei tercicir untuk menyertai beberapa kejohanan seperti Seluruh England dan Terbuka Malaysia, sekali gus gagal mengutip mata penting untuk kelayakan ke Kejohanan Dunia.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, menjelaskan bahawa Zii Jia dan Daren terpilih berdasarkan merit.
"Kedua -dua pemain tersebut melayakkan diri melalui usaha masing-masing.
"Kami mahu bersikap adil dengan memberikan peluang setimpal kepada mereka," jelas Choong Hann.
Chong Wei kembali menjalani latihan sejak 4 Januari lalu selepas hampir enam bulan menggantung raket untuk menjalani rawatan kanser hidung yang dihidapinya.
Pemain perseorangan lelaki kebangsaan itu beberapa kali menangguhkan hasrat untuk kembali ke gelanggang kompetitif atas nasihat doktor.
Dalam masa sama, Choong Hann menjelaskan BAM tetap mempunyai perancangan buat Chong Wei sekalipun dia tidak akan beraksi dalam Kejohanan Dunia.
"Kami belum menerima sebarang kenyataan daripada mulut Chong Wei sendiri, jadi ketika ini kami masih dalam posisi untuk membantu pemulihannya," tambahnya.