Pemain paling senior dalam skuad beregu wanita, Vivian Hoo, tidak rela berputih mata terkandas awal di Basel, Switzerland, sambil memberi bayangan ini mungkin Kejohanan Badminton Dunia yang terakhir buat dirinya.
Sejak edisi Jakarta 2013, Vivian dan bekas gandingannya, Woon Khe Wei, telah membuat empat penampilan.
Pencapaian mara ke pusingan ketiga di Indonesia gagal diperbaiki dan diterjemah semula dengan kempen 2014, 2015 dan 2018 berakhir dalam pusingan kedua.
"Kami tidak peduli harapan dari luar kerana kami pasti akan buat yang terbaik.
"Saya sering terkandas dalam pusingan pertama dan kedua Kejohanan Dunia, jadi saya tidak mahu lagi ia berlarutan," katanya yang akan beraksi dalam pusingan kedua (esok waktu tempatan) selepas menerima laluan percuma.
Pemain berusia 29 tahun itu merupakan satu-satunya tonggak dalam kalangan Olimpian Rio 2016 yang masih kekal beraksi bersama skuad kebangsaan.
Atas dasar itu, dia menegaskan penyertaan di pentas elit seperti edisi kali ini di samping pasangannya, Yap Cheng Wen, perlu dinikmati dan dimanfaatkan sebaik mungkin.
"Kemungkinan ini merupakan Kejohanan Dunia terakhir kerana selepas ini saya belum pasti akan bermain lagi," ujarnya.