Tuah gandingan baru negara dalam Kejohanan Badminton Dunia, Goh Jin Wei bagi acara perseorangan wanita serta pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang masing-masing melakar kejutan menyingkirkan pilihan kejohanan, hari ini.
Tiada siapa menyangka Jin Wei mampu mengatasi pilihan kejohanan, Aya Ohori -- apatah lagi dua pertemuan sebelum ini menyaksikan ia berkelebihan kepada pemain Jepun itu selain ranking dunia juga meletakkan lawan di tangga ke-16 dunia manakala Jin Wei di tangga ke-30.
Namun, sejurus Jin Wei menang dengan keputusan straight set 21-18, 22-20, dia bersorak girang meraikan kejayaan menundukkan Ohori selain melangkah ke pusingan ketiga buat kali pertama.
Namun, laluan lebih mencabar menanti Jin Wei apabila bakal berentap dengan penyandang juara dunia, Nozomi Okuhara.
"Ia merupakan kemenangan yang amat saya perlukan bagi melonjakkan semangat. Ia adalah permulaan yang baik untuk saya," kata Jin Wei.
Pasangan beregu muda, Aaron dan Wooi Yik, juga tidak kurang hebat apabila menyingkirkan pilihan ke-12 kejohanan dari Taiwan, Lee Jhe Hui dan Lee Yang dalam aksi tiga set, 16-21, 21-18, 21-19.
Mereka kini semakin yakin sambil menghantar isyarat kepada pemain lain bahawa ada beregu baru dari Malaysia yang perlu diawasi.
"Kami hanya melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Sasaran kami adalah memberikan saingan serta memberitahu bahawa Malaysia memiliki beregu yang sedang meningkat naik," kata Aaron.