Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Mara ke final kembalikan kegemilangan badminton Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

norza.jpg
Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Norza Zakaria, memberi kredit kepada kejayaan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran Cheng Tang Jie–Toh Ee Wei yang berjaya mengembalikan kegemilangan negara di peta dunia. 

Kedua-dua finalis cipta sejarah apabila muncul wakil negara pertama dalam kategori masing-masing, untuk ke pentas akhir kejohanan dunia -- lebih manis, ini adalah kali pertama Malaysia mempunyai dua wakil di final kejohanan ini.

Kejayaan melayakkan diri ke final Kejohanan Dunia BWF 2025 itu juga membuktikan langkah pragmatik program Road to Gold berhasil meningkatkan kualiti atlet yang berada dalam senarai tersebut. 

Mereka juga membuktikan bahawa Malaysia masih mampu melahirkan bakat luar biasa, dan mempersembahkan aksi yang memukau di pentas dunia, sekaligus, harapan menamatkan kemarau 48 tahun pingat emas dunia semakin memuncak.

Advertisement

Must Watch Video