Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, menegaskan kebarangkalian untuk tiga wakil beregu negara menyerlah dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF amat tinggi.
Merujuk kepada keberadaan beregu lelaki sensasi negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, serta beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak mustahil kunjungan skuad negara ke Paris kali ini bakal membuahkan hasil sekali lagi.
Tidak ketinggalan, beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, ketiga-tiga beregu ini berada dalam senarai pilihan terbaik yang membuka ruang lebih seimbang merujuk kepada undian yang telah berlaku.
"Selain Arif-Roy King, tiga lagi beregu memiliki kesempatan untuk mencabar kejuaraan.
"Saya juga mengharapkan Pearly-Thinaah konsisten kejohanan terdahulu.
"Mereka tidak lagi bergelut untuk mengatasi lawan dari Korea Selatan dan Jepun, cuma rintangan mereka adalah China," katanya.
Dengan senarai wakil berpotensi ini, sedikit sebanyak ia mengurangkan tekanan buat pasangan beregu berpengalaman negara, Aaron--Wooi Yik, untuk kembali mencari rentak terbaik mereka.
"Berbanding beregu lain, Aaron-Wooi Yik sering menjadi (mangsa) kemarahan.
"Dengan peningkatan Sze Fei-Nur Izzuddin dan Wei Chong-Kai Wun, ia sedikit meredakan tekanan Aaron-Wooi Yik," katanya lagi.