Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei pamer aksi memukau ke pusingan ketiga

tang-jie-ee-wei.jpg
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mempamerkan aksi memukau ketika menewaskan gandingan India, Rohan Kapoor-Gadde Ruthvika Shivani, untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia BWF di Adidas Arena, Paris awal pagi tadi.

Turun selaku pilihan keempat, Tang Jie dan Ee Wei, bagaimanapun membiarkan lawan menyamakan kedudukan 11-11 tetapi selepas itu, mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk mencatatkan kemenangan 21-16 dalam set pertama.

Aksi berbeza dipamerkan gandingan negara itu dalam set kedua, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sejak meraih mata pertama sebelum mencatatkan kemenangan 21-11 selepas secara keseluruhan bertarung selama 30 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke suku akhir hari ini ialah pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu.
 
Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket ni sesuai untuk training mahupun perlawanan. Bagi keyakinan setiap kali melangkah ke gelanggang.


Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video