Tempoh 1 jam lapan minit diperlkan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 di Arena Adidas, sebentar tadi.
Wakil negara di ranking keempat dunia itu menewaskan lawan dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, menerusi aksi rubber set, 14-21, 21-19,21-17.
Tang Jie-Ee Wei tewas dalam set pertama 14-21, sebelum bangkit dengan kemenangan 21-19 untuk mengheret lawan di ranking ke-11 dunia itu mengadakan pertemuan di set penentuan.
Momentum itu diteruskan wakil negara dengan aksi menyakinkan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir dengan kemenangan 21-17.