Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, berada di posisi cemas sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia BWF di Adidas Arena, Paris awal pagi tadi.
Turun selaku pilihan ketiga, tiada siapa sangka Sze Fei dan Nur Izzuddin akan bergelut menentang gandingan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, tetapi itulah yang berlaku dalam set pertama, di mana mereka tidak pernah dapat mendahului lawan itu sejak kedudukan terikat 3-3 sebelum tewas 19-21.
Rentak hampir sama hampir berlaku pada awal set kedua, di mana gandingan negara itu ketinggalan tetapi sebaik kedudukan terikat 8-8, mereka mula mempamerkan prestasi sebenar untuk mengheret perlawanan ke set penentuan dengan kemenangan 21-10.
Sze Fei dan Izzuddin sekali lagi ketinggalan dalam set ketiga dan hanya bangkit selepas 'interval' untuk mengesahkan laluan ke pusingan ketiga dengan kemenangan 21-17 selepas secara keseluruhan bertarung selama 51 minit.
Menanti mereka dalam penentuan ke suku akhir hari ini ialah gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.
Dapatkan Sekarang

Rahsia Tenaga di Gelanggang
Macam atlet badminton, anda pun perlukan stamina tambahan untuk kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari.
Dapatkan Sekarang