Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Roy King-Wan Arif diseru kekal momentum agresif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rexy-manaiky.jpg
Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, menuntut Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi meneruskan momentum mereka dalam Kejohanan Dunia BWF di Paris. 

Beregu lelaki itu memulakan kempen dengan rentak cemerlang apabila mengenepikan gandingan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, dalam tempoh kurang setengah jam menerusi kemenangan 21-5, 21-13.

"Satu permulaan yang baik. 

"Harap mereka dapat kekal dengan prestasi yang dipamerkan ini," katanya.

Begitupun, Roy King-Wan Arif bakal berdepan rintangan lebih mencabar apabila wakil Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh,  menjadi penghalang dalam pusingan kedua esok. 

 
Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket ni sesuai untuk training mahupun perlawanan. Bagi keyakinan setiap kali melangkah ke gelanggang.


Grab Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video