Pearly Tan dan M. Thinaah memahat sejarah tersendiri apabila menjadi beregu wanita pertama negara memperoleh pingat sepanjang sejarah Kejohanan Badminton Dunia BWF.
Ini selepas beregu nombor dua dunia itu layak ke separuh akhir dengan mengatasi gandingan adik-beradik dari Bulgaria, Gabriela-Stefani Stoeva, 21-15, 21-10 dalam aksi suku akhir di Adidas Arena, Paris malam tadi.
Kemenangan yang dicatat dalam masa 32 minit itu membawa pasangan negara berkenaan ke pusingan separuh akhir untuk menentang gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, hari ini.
Dalam sejarah Kejohanan Dunia BWF, belum pernah ada pasangan wanita Malaysia pernah mendaki podium sebelum ini.
Kemenangan itu juga menyaksikan Pearly dan Thinaah memperbaiki pencapaian kandas di pusingan suku akhir dalam edisi 2023.