Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah optimis komunikasi elemen penting selaku pilihan kedua kejohanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perly.jpg
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, beranggapan status mereka selaku pilihan nombor dua Kejohanan Dunia BWF 2025 tidak memberikan impak besar sekiranya tiada kesepakatan di atas gelanggang.

Mereka menyatakan nasihat daripada barisan kejurulatihan menjadi rahsia utama untuk menampilkan persembahan terbaik nanti.

"Setiap kejohanan kami akan berikan yang terbaik dan semestinya dalam kejohanan dunia kami mahu berikan aksi terbaik dan saling menyokong satu sama lain," kata Pearly.

"Saya rasa mempunyai satu sama lain menjadi faktor kami dapat mengharungi banyak perkara serta dengan sokongan jurulatih dan orang tersayang. Saya berharap perkara ini dapat dikekalkan untuk setiap kejohanan akan datang." tambah Thinaah.

Ketika ditanya mengenai peluang untuk meraih pingat pertama negara dalam acara beregu wanita, Pearly dan Thinaah memilih pendekatan untuk memberikan fokus kepada konsistensi serta berjuang habis-habisan.

Mereka juga tekad untuk tidak mengulangi sebarang perlawanan yang mengecewakan, dan menjadikan kejohanan dunia kali ini medan untuk mengukir kejayaan.

"Seperti biasa, konsisten dan komunikasi sangat penting kerana apabila seorang sedang kurang motivasi maka seorang lagi perlu menyokong." ujar Pearly lagi.

 
Badminton

Bawa Raket Dengan Gaya & Praktikal

Beg raket Yonex direka untuk pemain serius — muat banyak raket, aksesori, dan kekal kemas sebelum & selepas perlawanan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video