Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Man-Tee melangkah gagah ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man-tee.jpg
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila mengatasi gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy, di Adidas Arena, Paris awal pagi tadi.

Di sebalik permulaan perlahan yang dipamerkan, Man-Tee berhasil menyamakan kedudukan 18-18 sebelum mengesahkan kemenangan 21-18 dalam set pertama.

Mereka sekali lagi ketinggalan pada awal set kedua sehingga pada satu ketika berada di belakang 12-16.

Bagaimanapun, ketika tekanan memuncak, gandingan negara itu berhasil menyamakan kedudukan 16-16 sebelum ke suku akhir dengan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 35 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke separuh akhir esok ialah pilihan utama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
 

Advertisement

Must Watch Video