Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Man-Tee hampir kejutkan beregu nombor satu dunia sebelum kandas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man-tee.jpg
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, hampir melakar kejutan sebelum tewas kepada gandingan nombor satu dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF di Paris awal pagi tadi.

Man-Tee pada awalnya kelihatan sukar bersaing dalam set pertama sehingga pada satu ketika jauh ketinggalan 8-15 tetapi mereka kemudian mula tenang mengatur gerakan untuk mengikat kedudukan 19-19.

Malangnya ketika kedudukan terikat 21-21, mereka membenarkan lawan untuk memperoleh dua mata terakhir, sekali gus tewas 21-23.

Aksi dalam set kedua pula menyaksikan gandingan negara itu memberikan segala-galanya untuk menyaingi jaguh Korea Selatan berkenaan dan kedudukan sekali lagi terikat 21-21 tetapi kali ini, ia memihak Man-Tee untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Awal set ketiga memperlihatkan betapa beregu negara itu pada awalnya sentiasa menyusuli rapat mata lawan, namun ketika ketinggalan 11-12, mereka membenarkan Won Ho-Seung Jae memperoleh tujuh mata berturut-turut sebelum akur tersingkir dengan kekalahan 15-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan sembilan minit.
 

Advertisement

Must Watch Video