BADMINTON
Kejohanan Dunia BWF: Man Wei Chong tarik diri dua kejohanan demi asahan sentuhan
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong, menyifatkan kelayakan saat akhir ke Kejohanan Dunia BWF sebagai satu impian yang menjadi kenyataan.
Sebelum ini, dia dan gandingannya, Tee Kai Wun, yang muncul selaku naib juara Masters Malaysia musim ini merupakan beregu dalam senarai simpanan ke kejohanan berprestij yang bakal diadakan di Royal Arena, Denmark, dari 21 hingga 27 Ogos ini.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan ambil segala peluang yang ada selepas tersenarai ke Kejohanan Dunia di saat akhir#AstroArena #NadiArena #BWFWorldChampionships #badminton pic.twitter.com/YY4v7ZMqks— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 10, 2023
Iklan
Wei Chong berkongsi bersama wakil Astro Arena, Shahrazad Sani, keterujaan ke Copenhagen itu selain keperluan mencari prestasi persis dalam Masters Malaysia.
"Ini mungkin satu peluang menarik buat kami.
"Saya harap kami dapat berikan persembahan terbaik dalam penyertaan sulung ini.
"Selepas gagal beraksi baik dalam tiga kejohanan terakhir, kami memutuskan untuk menarik diri daripada Terbuka China dan Terbuka Hong Kong bagi memberi ruang untuk menjalani latihan lebih rapi.
"Sebelum pengesahan undian BWF dibuat, jurulatih hanya berpesan agar kami teruskan persiapan dengan baik," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Must-Watch Video