Bekas beregu wanita negara, Woon Khe Wei, yakin dengan kemampuan Pearly Tan-M. Thinaah, untuk bergelar juara Kejohanan Dunia BWF di Paris, Perancis 25 hingga 31 Ogos ini.
Hasrat tersebut disuarakan setelah melihat undian yang dilakukan menyaksikan laluan yang agak mudah menanti mereka apabila hanya akan bertemu sama ada Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan atau Julie Franconville-Cloe Brand di pusingan kedua setelah mendapat 'bye' pusingan pertama.
Tambah Khe Wei, Pearly-Thinaah menunjukkan permainan konsisten menyebabkan dia paling layak diberi sandaran membawa pingat emas pada kejohanan berprestij itu.
Melihat aspek ranking pula, dia jelas berada dalam kelompok yang dijangka mampu memberi cabaran hebat pada kedudukan kedua dunia.
Khe Wei ditemui ketika merasmikan gelanggang badminton Medalist International Sports Centr di Puchong yang merangkumi gelanggang berhawa dingin dan biasa bagi memberi peluang orang ramai memilih mengikut kesesuaian.
Sementara itu, bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat berkongsi pilihannya siapa bakal juara di kategori masing-masing.