Lee Zii Jia yang bakal membuka kempen Kejohanan Badminton Dunia BWF menentang Jeon Hyeok-jin dari Korea Selatan, seorang pencabar yang dianggap mampu ditewaskan dalam kempen yang bermula di Paris itu dari 25-31 Ogos.
Walaupun kebanyakan beregu utama Malaysia menerima bye ke pusingan seterusnya, Zii Jia sebaliknya perlu mengharungi pusingan pertama tetapi bakal berdepan seteru yang kurang ternama.
Dalam sembilan perlawanannya dalam Jelajah Dunia tahun ini, Hyeok-jin sekadar dua kali mara ke suku akhir.terbaiknya.
Dalam kedua-dua suku akhir di Thailand itu, dia dijinakkan Jason Teh (Thailand Masters), manakala Anders Antonsen (Terbuka Thailand).
Zii Jia, yang kini bergelar pemain nombor 52 dunia, turut mempunyai rekod kemenangan 3-1 menentang pemain nombor 38 dunia tersebut.
Pemain profesional Malaysia itu, bagaimanapun, hanya bersempatan turun dalam dua kejohanan tahun ini dengan aksi terakhirnya menerusi All-England pada Mac lalu.
Lantaran itu, Zii Jia tidak sepatutnya mengambil mudah cabaran Hyeok-jin dan dalam masa sama, seorang lagi wakil perseorangan negara, Leong Jun Hao, akan menentang Tobias Kuenzi dari Switzerland dalam pusingan pertama.