Aksi dramatik dipamerkan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, apabila melakar kemenangan bergaya ke atas wakil tuan rumah, Christo Popov-Toma Junior Popov, untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir kejohanan Dunia BWF, awal pagi tadi.
Wakil negara yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan itu terpaksa bekerja keras untuk bangkit daripada ketinggalan 11-16 di set penentuan sebelum mengesahkan kemenangan 21-15, 13-21, 21-19 dalam tempoh 65 minit.
Selepas perlawanan, Man-Tee, mengakui keadaan gelanggang dan bulu tangkis yang perlahan memberikan kesukaran buat mereka yang biasanya bermain dengan rentak laju.
"Hari ini (malam tadi) agak sukar kerana bulu tangkis kurang laju. Tetapi kelebihan pada kami kerana lawan (Toma) juga bermain dalam perseorangan jadi mungkin keletihan. Kami perlu fokus kembali dan harap aksi seterusnya akan lebih baik." kata Wei Chong.
Namun, semangat juang tinggi membolehkan mereka mengatasi halangan dengan perlu melihat dan berbincang semula apa yang harus dilakukan seterusnya bagi berdepan beregu England, Ben Lane-Sean Vendy.
"Ada gangguan daripada aspek servis saya, tempoh perlawanan kami kurang bagus dan mengganggu sedikit.
"Kami ada satu hari lagi dan kami perlu berbincang semula untuk perbaiki aksi seterusnya." tambah Kai Wun.
Dapatkan Redoxon Sekarang

#BWFWorldChampionships2025
— BAM (@BA_Malaysia) August 26, 2025
MD | R32 #MAS?? Tee Kai Wun-Man Wei Chong 7️⃣ def. #FRA?? Cristo Popov-Toma Junior Popov 21-15 13-21 21-19
⏱️1h 5m#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/tvfh67jFGV
"Hari ini (malam tadi) agak sukar kerana bulu tangkis kurang laju. Tetapi kelebihan pada kami kerana lawan (Toma) juga bermain dalam perseorangan jadi mungkin keletihan. Kami perlu fokus kembali dan harap aksi seterusnya akan lebih baik." kata Wei Chong.
Namun, semangat juang tinggi membolehkan mereka mengatasi halangan dengan perlu melihat dan berbincang semula apa yang harus dilakukan seterusnya bagi berdepan beregu England, Ben Lane-Sean Vendy.
"Ada gangguan daripada aspek servis saya, tempoh perlawanan kami kurang bagus dan mengganggu sedikit.
"Kami ada satu hari lagi dan kami perlu berbincang semula untuk perbaiki aksi seterusnya." tambah Kai Wun.

Kekal Kuat, Bangkit Semula
Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu pertahanan badan anda supaya terus aktif walaupun berdepan cabaran.
Dapatkan Redoxon Sekarang