Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berkata semangat menjelang Hari Kemerdekaan menjadi pemacu untuk mereka memberikan segalanya sebelum layak ke final Kejohanan Badminton Dunia BWF di Adidas Arena, Paris malam tadi.
Gandingan pilihan keempat itu menumbangkan wakil tuan rumah, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-18, 21-16 dalam aksi separuh akhir, sekali gus akan bertemu pilihan kedua dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin, bagi penentuan gelaran hari ini.
"Kami betul-betul sudah memberikan segalanya kerana esok Hari Merdeka, kami bermain dengan bendera Malaysia di dada kami," kata Ee Wei kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Kami bermain dengan penuh bersemangat hari ini. Harap-harap esok kami dapat melakukannya lagi, kami mahu berjuang."
Tang Jie menambah: "Kami akan berusaha lagi esok. Sedikit demi sedikit, hanya satu perlawanan lagi (untuk bergelar juara)."