Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terkandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila tewas kepada gandingan pilihan kesembilan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, di Adidas Arena, Paris awal pagi tadi.
Permulahan perlahan dalam set pembukaan menyaksikan beregu nombor dua dunia itu ketinggalan jauh sebelum tewas mudah 12-21.
Dalam set kedua, juara dunia edisi 2022 itu terus bergelut mengejar mata lawan dan selepas berhasil mengikat kedudukan 19-19, mereka akur tersingkir dengan kekalahan 19-21 selepas bertarung selama 43 minit.
Sebagai rekod, Aaron dan Wooi Yik merupakan satu-satunya wakil negara pernah bergelar juara dunia ketika melakukannya di Tokyo tiga tahun lalu.