Ng Tze Yong serta Eoon Qi Xuan menepati status mereka sebagai pilihan utama untuk mara ke final Pusingan Kedua Kejohanan Badminton Bawah 18 ( B-18) Tahun Kebangsaan di Bukit Kiara, hari ini.
Tze Yong merupakan antara sandaran utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di Ontario, Kanada, November depan.
Lantaran itu, pertandingan itu menjadi peluang buat dirinya terus membina momentum daripada segi rentak permainan.
Diletakkan selaku pilihan pertama, Tze Yong berdepan Ooi Jhy Dar dari Kedah dalam aksi separuh akhir.
Nyata, tiada masalah buat pemain yang mewakili Johor itu apabila memperoleh kemenangan straight set 21-16, 21-8 dan akan berdepan Lee Shung Yang dari Pulau Pinang bagi penentuan kejuaraan, esok.
"Saya beraksi baik hari ini, tidak melakuan banyak kesilapan.
"Persembahan saya bagus tetapi saya perlu tingkatkan tahap fizikal dan kekuatan jika saya ingin menyaingi pemain-pemain di peringkat antarabangsa selain aspek pengalaman," kata Tze Yong.
Sementara itu, Qi Xuan turut melangkah ke final selepas menewaskan pilihan ketiga dari Pulau Pinang, Lim Jing Ning, 21-6, 21-7.
Dia yang memenangi pingat gangsa acara perseorangan saingan Sukan Malaysia (Sukma) Perak tempoh hari nyata bukan tandingan buat lawannya dan akan berentap dengan wakil Johor, Myisha Mohd Khairul, untuk penentuan juara.
Untuk Kejohanan Remaja Dunia nanti, Qi Xuan membawa cabaran bersama Goh Jin Wei.
"Kawalan permainan saya bagus pada hari ini.
"Pihak lawan yang tidak banyak bergerak, oleh itu saya dapat mengawal corak permainan dengan baik," kata Qi Xuan.