Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki kedudukan ranking beliau ke kedudukan ke-7 dunia hari ini.

Menerusi kemaskini terbaru dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Lee Zii Jia yang sebelum ini berada di kedudukan ke-8 dunia naik satu anak tangga dan berjaya meraih mata terkumpul sebanyak 78816 sekaligus menolak kedudukan pemain perseorangan lelaki Thailand, Vitidsarn Kunlavut.

Peningkatan ini berdasarkan persembahan cemerlang beliau dalam beberapa siri kejohanan BWF tahun ini yang menyaksikannya menjuarai Toyota Terbuka Thailand 2024, naib juara Perodua Malaysia Masters 2024, dan baru-baru ini sebagai juara Sathio Group Terbuka Australia 2024.

Manakala bagi pemain perseorangan Malaysia yang lain, Ng Tze Yong kekal di kedudukan 18 dunia dan Leong Jun Hao di kedudukan 28 dunia.