Perebutan tiga penjuru tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 berisiko menjadi persaingan dua hala di antara beregu profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing jika kecederaan terus menghantui Goh Soon Huat.
Soon Huat yang berpasangan dengan Shevon Lai Jemie memberi isyarat hanya akan menyertai Terbuka Indonesia untuk bulan ini sambil status penyertaannya untuk dua lagi kejohanan, Terbuka Jepun dan Thailand, masih samar.
Ia ekoran keadaan Soon Huat masih dipantau setelah pemain itu baru kembali daripada kecederaan tendon sejurus tamat Piala Sudirman, Mei lalu.
Persaingan untuk memburu mata kelayakan Sukan Olimpik buat beregu campuran Malaysia menjadi semakin sengit, dengan Soon Huat dan Shevon kini jatuh ke tangga ke-18.
"Kecederaan saya menjejaskan kedudukan kami dalam ranking dunia. Perkara ini sesuatu yang di luar kawalan saya dan berharap dapat pulih segera untuk beraksi bulan depan di Basel," kata Soon Huat.
Sementara itu, Soon Huat sedia mengambil risiko untuk tidak menyertai baki dua kejohanan bulan ini sekiranya keadaan dirinya masih belum cergas.
Baginya, bulan hadapan bakal menawarkan misi yang lebih penting, iaitu Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland setelah tahun lalu perjalanan mereka terkandas dalam pusingan ketiga.
"Saya memberikan tumpuan kepada proses pemulihan sejak bulan lalu dan segalanya berjalan lancar."