Skip to main content

Badminton

Kami pun bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga -- Toh Ee Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cehn-tang-jie-toh-ee-wei.jpg
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie bukanlah keupayaan mereka yang sebenar.

Banyak faktor perlu diambil kira lebih-lebih lagi dalam mencari ketekalan dalam permainan dan juga keputusan menjelang Kejuaraan Dunia pada Ogos depan. 

"Perlahan-lahan kami mula mendapat rentak semula.

"Banyak aspek yang perlu diperbaiki berikutan tidak beraksi dengan bagus dalam Terbuka Singapura. 

"Kami kembali fokus hingga mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia.

"Kami pun bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga," katanya.

Seorang lagi pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron, ingin menjadikan masa yang ada ketika ini untuk muhasabah diri selepas mengalami kekalahan berturut-turut bersama gandingannya, Cheng Yu Sin.

Dengan Yu Sin juga dalam proses pemulihan akibat kecederaan hamstring yang dialami ketika Terbuka Thailand yang mana dijangka mereka akan kembali beraksi dalam Terbuka Jepun.

"Banyak perkara yang perlu ditingkatkan. Salah satunya adalah corak permainan, kami perlu variasikannya. 

"Apa yang paling penting adalah mental. Kami pernah mara ke final tetapi kemudian acap terkandas dalam pusingan pertama, kami perlu bermula dari bawah semula. 

"Saya harap dalam tempoh sebulan ini, kami mampu beroleh kesegaran," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video