Skip to main content

Badminton

Kami berjuang untuk semua orang yang sayangkan kami, Malaysia -- Pearly Tan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly_1.jpg
Aksi beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, wajar diberikan pujian penuh berikutan menunjukkan semangat juang yang membanggakan dalam debut pertamanya di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun tewas kepada wakil China dalam aksi rubber set 21-12,18-21-15, sebentar tadi.

Pearly menjelaskan perjuangan mereka adalah untuk semua warga Malaysia yang menyokongnya dari hari pertama mereka berada dalam kancah sukan badminton.

"Kerana rakyat Malaysia sentiasa di belakang kami, walaupun pasangan China mendahului, kami tidak mahu mengalah dan hanya mahu berjuang tanpa memikirkan apa yang berlaku.


 


"Kami mahu berjuang untuk semua orang yang sayangkan kami," kata Pearly Tan kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.

Dalam pada itu, M.Thinaah tetap optimis untuk memberikan aksi terbaik dalam perebutan pingat gangsa esok.

"Kami sentias mempercayai diri kami sejak hari pertama, masih ada perlawanan esok dan kami akan memberikan aksi 100 peratus esok." Tambah M.Thinaah.

Advertisement

Must Watch Video