Skip to main content

Badminton

Jun Wei mara ke final pertama dalam karier

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cheam-jun-wei.jpg
Kejutan berlaku dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Malaysia 2017 hari ini apabila perseorangan lelaki, Cheam Jun Wei menewaskan pilihan keempat kejohanan, Lee Zii Jia, untuk melangkah ke final pertama dalam kariernya sejak 2014.

Diletakkan sebagai pilihan ke-11, Jun Wei beraksi tanpa sebarang tekanan menentang Zii Jia.

Dalam set pertama, Jun Wei menguasai permainan untuk menang 21-17.

Walaupun wujud tentangan dalam set kedua daripada Zii Jia, namun dia gagal menyekat keampuhan Jun Wei yang menang 21-19.

Ini perlawanan akhir pertama dalam karier Jun Wei sejak menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM), tiga tahun lalu. 

"Saya agak bernasib baik kali ini kerana dia (Zii Jia) mendahului saya 15-9 dalam perlawanan kedua sebelum dia mula kehilangan fokus," ujar Jun Wei.

Terdahulu, aksi perseorangan wanita menyaksikan S. Kisona menewaskan juara kebangsaan 2017, M. Thinaah, 15-21, 21-17, 21-12.

Menanti dalam final ialah pilihan pertama kejohanan, Lee Ying Ying, yang turut mengharungi aksi tiga set sebelum menewaskan wakil Thailand, Thalmowan Poopradubsil.

Meskipun Ying Ying tewas set pertama 12-21, namun dia bangkit dalam dua set berikutnya untuk menang, 21-14, 21-9.

"Jurulatih memberitahu saya untuk berwaspada dengan corak serangan dia. Jadi, saya memastikan dapat bertahan dengan baik kerana corak permainan dia tidak berubah," kata Ying Ying.

 

Advertisement

Must Watch Video