Skip to main content

Badminton

Juarai Terbuka Austria permulaan cemerlang buat Arif-Haikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arifhaikal.jpg
Gelaran Terbuka Austria hanya permulaan buat Wan Arif Wan Junaidi serta Haikal Nazri yang disebut sebagai masa depan beregu lelaki malaysia.

Graduan daripada program remaja kendalian Datuk Misbun Sidek itu baru sahaja diserap ke skuad senior Mac tahun ini.

Lebih mengagumkan, Terbuka Austria yang menutup tirai Ahad lalu merupakan kejohanan kedua gandingan itu di pentas senior.

Sebelum muncul juara, Arif dan Haikal mempamerkan aksi memberangsangkan dalam Kejohanan Antarabangsa Slovenia apabila layak ke suku akhir sebagai gandingan yang terpaksa mengharungi peringkat kelayakan.

Bagi Arif, kejuaraan ini simbolik buat dia yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 pada 6 Jun ini.

Sementara sentimen itu hanyalah permulaan untuk mereka menjadi antara beregu lelaki terbaik pernah dilahirkan Malaysia turut ditegaskan Haikal.

"Ini merupakan kemenangan yang sungguh bermakna kerana ia adalah hadiah hari jadi yang ke-19 saya. Kami telah berjaya memperbaiki kesilapan dalam kejohanan sebelum ini dan berjaya bergelar juara. Ini merupakan permulaan buat saya dan Haikal," kata Arif.

"Saya sangat gembira kerana dapat menampilkan permainan terbaik di gelanggang. Mengelak melakukan kesilapan yang mudah membenarkan kami cemerlang dalam mengutip mata," kata Haikal.

Advertisement

Must Watch Video