“Hendrawan memerlukan ketegasan dalam menangani pemain senior sambil Datuk Misbun Sidek berpeluang mencari bakat baru menerusi penstrukturan semula skuad perseorangan lelaki negara.”
Itu pandangan bekas pengarah prestasi tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Sang, yang memuji perincian semula badan induk itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan Hendrawan, yang diberi tanggungjawab membentuk program prospek ke Olimpik Tokyo 2020 seperti Lee Zii Jia, perlu mengelak sebarang kompromi atau hasrat untuk melihat pemain dalam kem kebangsaan mengikut jejak langkahnya yang pernah memenangi kejuaraan dunia terpaksa dilupakan.
"Anda tidak boleh berkrompomi jika mahu pemain bergelar juara. Jika tuntutan anda adalah 20, anda perlu lakukan 25.
"Saya rasa Hendrawan perlu mula menekan pemain ke tahap maksimum dan mendapatkan sentuhan terbaik mereka. Saya rasa Hendrawan tidak boleh tenang dalam perkara ini," katanya.
Dalam masa sama, James melihat Misbun yang melanjutkan kontrak sebagai ketua jurulatih sehingga Julai 2020 memiliki peranan paling sesuai dengan kelebihannya.
Selain berperanan mencetus kebangkitan pemain muda, beliau juga yakin ia peluang terbaik buat mentor Datuk Lee Chong Wei itu untuk mencari bakat yang terkecuali daripada program kebangsaan.
"Diharapkan Misbun mampu membangunkan pemain baru. Saya rasa dia perlu ke seluruh negara kerana mungkin ada pemain yang tidak mendapat perhatian. Dapatkan bakat baru dan latih mereka."
Sementara itu, pelantikan Datuk Kenny Goh sebagai setiausaha agung dan pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM bermula September depan disifatkan James sebagai perubahan yang diperlukan badan induk itu.
Sebagai bekas pengurus besar BAM selama sembilan tahun sebelum berhijrah ke Badminton Asia pada 2015, Kenny memiliki pengaruh positif bersama jurulatih, pemain dan pegawai.
"Perubahan itu bagus. Saya rasa apa yang perlu dilakukan oleh presiden adalah mendapatkan sentuhan bekas pemain. Jadikan mereka penasihat, termasuk Chong Wei, bagi membantu pasukan untuk bangkit," tambah James.